3:03 PM | Posted in
Concept : Engagement Gift
Location : AriNaz's Studio
Price : Depend on material + labour

"..tempahan gubahan kali ni dtg dari Kampung Pandan Kuala Lumpur..pertunangan pada bulan November telah melantik secara rasmi Arief Nazrye's Studio sebagai perunding kepada hantaran pertunangan..5 berbalas 7..pemilihan warna pada asalnya 'peach' namun ditukar ke pada merah saga kerana kekeliruan antara warna peach (pink + oren)..merah digabungkan dengan putih sebagai gabungan yg mudah tuk dipadankan..tempat cincin, tepak sireh, kain pasang serta 2 lagi dulang utk choc bouquet dan kek.."

..Tepak Sireh dari pihak lelaki kepada pihak perempuan..

..tepak yg telah ditahtakan di atas pengalas..

..bekas cincin puncak kasih..

..kain pasang sempena pernikahan kelak..

Best Deals in Your City at 90% off!



Category:
��
7:19 PM | Posted in
Concept : Greeting Card
Location : AriNaz's Studio
Price : Depend on Pattern & Difficulties

"..mengambangkan lagi kreativiti yg ada dengan mencuba perkara baru dalam pembuatan kad ucapan utk pelbagai "occasion" (matilar x tau nk translate occasion tuh dalam BM)..even tuk kad jemputan juga tempahan diterima dgn syarat sekurangnya dua (2) bulan dari tarikh berlangsung..maklum la kan, buatan tangan nih limited sgt dari segi production's quantities..lagi satu demi menjaga kualiti yg terbaik sbb masa yg diberi mempengaruhi kestabilan emosi dalam menghasilkan sesuatu karya..bagi sy, kesempurnaan sgt penting dalam setiap karya yg terhasil..keuntungan jatuh no 2 sbb keuntungan akan datang dari kepuasan pelanggan..tanpa pelanggan siapalah peniaga..kan ?..tuk entry kali ni sy sharekan beberapa keping kad yg telah sempurna disiapkan utk jualan..setakat ini, semua ready stock..selain diedarkan di kedai cenderamata dan stationary yg berhampiran tujuan jualan, kad ini juga dijual secara umum di mana² Karnival Usahawan (terhad kepada penglibatan Arief Nazrye's Studio shj)..



..selain yg readymade..juge menerima tempahan mengikut citarasa dan juga tema yg dikehendaki oleh pelanggan..ngee :)..


Category:
��
11:58 AM | Posted in ,
Concept : Wedding Gift
Location : AriNaz's Studio
Price : Depend on material + labour

"..tempahan gubahan diterima di saat² akhir hari pernikahan..sehari sebelum pernikahan dimaklumkan mengenai konsep dan tema gubahan yg dikehendaki !!..alhamdulillah, 6 jam diperuntukkan untuk menyiapkan beberapa dulang hantaran penting..selebihnya dibuat dirumah pengantin pada pagi hari pernikahan disebabkan barang² berada dirumah pengantin..kaler tema yg dipilih hijau taman..senang nk dipadankan sebab warna² bumi.."

"..gubahan telekung dengan lilitan kuntuman bunga mengelilingi menara kelopak.."


"..tas tangan berona kundang cantik tersemat jambangan bunga di tengah.."


"..menara wangian.."


"..sepatu ketak-ketuk.."

��
11:55 AM | Posted in
Concept : Give.Away
Location : AriNaz's Studio
Price : FOC

"..adeh..baru ade masa nk update senarai nama pemenang untuk Kad Exclusive Arief Nazrye yg diadakan last year sempena sambutan Disember.ku Untuk Disember.Mu.."

"..penjurian adalah berdasarkan kepada nilai kreativiti beserta originialiti penyertaan dari seseorang individu tersebut..dengan rasa bangga dan berbesar hati, beliau mengumumkan 6 orang individu yg bertuah bagi memiliki sekeping kad xclusif Karya Agung AriNaz ArtWork yg julung² kalinya dikongsikan dan diedarkan kepada masyarakat diluar sana..dengan harapan agar, karya seni yg cuba diketengahkan oleh beliau mampu menyuntik inspirasi buat mereka² yg menghargai hasil seni agar mula dan terus mengubah idea dan berkongsi untuk manfaat bersama.."

"..senarai 6 pemenang telah pun diumum berdasarkan ucapan kreatif mereka yg di'post'kan di event wall Disember.Ku Untuk Disember.Mu..berikut adalah pemenang bertuah beserta ucapan mereka.."

"..saye berminat nak sertai peraduan ni sebab saye sangat tak tahan kalo orang lain dapat menang kad yang ade rame2 n ade putih bunge2 kat bawah die tu.hahahaha...even tak creatif pon ucapan ni, tapi jujur..gituuu.hahaah.." - Isslam ElanElam

"..saya ingin meraikan Disember bersama Arief Nazrye kerana saya merasakan bulan Disember bulan yang paling romantik untuk meraikan hari kemenangan selepas setahun kita lalui bersama dalam susah dan senang.Lantas itu jgk, saya ingin dapatkan kad yang ekslusif daripada pereka sebenar kad ini..untuk meraikan bulan terakhir sebelum melangkah ke tahun baru yang belum pasti sinarnya akan menjelma.." - Ezmie Fahmy

"..I wanna celebrate my December with Arief Nazrye because it is the one month in which we look back on everything ...we had done in our life for the past year and plan ahead for the next year to come, so there's nobody else in this world who is worth celebrating with than the one guy who appreciates December so much that he's willing to give things out, when he really should have been the one receiving. ;).." - Intan Yusoff

"..♥ Bersempena Hari Lahir En. Arief Nazrye yang bakal disambut dengan gilang gemilangnya pada 29 Disember 2010 yang ke 26 tahun, Semoga Beliau DiBerkati, DiRahmati Allah yang Maha Esa dan Berbahagia Bersama Insan-Insan yang DiCintai dan DiSayangi Dengan Penuh Warna Warni Kehidupannya yang Cukup Unik dan Bersahaja, Beserta Pengharapan Beliau Diatas Cita-Cita Murni dan Luhur Dapat DiGapai Dengan Tulus, Cemerlang, Gemilang & Terbilang..InsyaAllah~Amin~~~ .: Semoga Berjaya :. ♥.." - Miey Smn

"..~Apa ada pd kreatvt..Apa ada pd video fancy2!! Xda yang istimewa utk dpersmbahkan hnya ucapan tulus dr sanubari! ~kekdah penganjur sakan nak rai detik2 akhir zaman muda sblm & slepas hari kejadian! Ucapan kedua dilaungkan skali lagi! "Selamat Hari Lahir yg ke DUAPULUHENAM!" Doa telah dpnjatkan senyuman pula diukir...kan! Jelas tampak berserye khas utk Raikan Disember bersama Arief Nazrye!.." - Ikram Nazheef


Mohd Shafik Mohammad Anizar

"..sekali lagi tahniah kepada yg bertuah..kepada yg tidak bertuah, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian dan keikhlasan kalian melemparkan ucapan dan doa bersempena ulang tahun kelahiran beliau yg ke-26 pada Disember yg lalu..i'allah, tahun ini andai ada kesempatan, peluang sebegini akan dikongsikan lagi agar nilai persahabatan dan ukhuwah yg terjalin tidak akan putus dan tidak akan hanya terjalin di laman mutual semata².."

"..ribuan terima kasih juga kepada barisan juri yg sudi meluangkan masa untuk menilai setiap penyertaan berharga yg dikirimkan..bukan mudah untuk membuat pilihan lebih² lagi melibatkan ucapan dan kiriman yg rata² ade sentuhan kesungguhan dalam penyampaian ucapan dan doa yg dititipkan.."

~ with L.O.V.E ~

Arief Nazrye

Pioneer of AriNaz ArtWork

10:55 PM | Posted in
Concept : Give.Away
Location : AriNaz's Studio
Price : FOC

..hepy candy Disember !!!..yup yip yap..Disember merupakan bulan beliau..disambut setiap tahun dengan berlainan cara..yang pasti..sambutan setiap tahun detik bersejarah ini pasti akan meninggalkan kenangan kepada yg pernah bergelar rakan taulan beliau..bersempena dengan itu, untuk tahun ini, beliau berasa berbesar hati untuk mengedarkan 6 kad tanda FRIEND NEVER END kepada 6 orang yg bertuah..namun begitu, sedikit usaha diperlukan bagi merebut 6 kad cute mute ini..penyertaan dibuka sekarang sehingga 31 Disember 2010 pd jam 11.59 mlm..sebarang penyertaan yg diterima lewat dari waktu berkenaan tidak akan dikira sebagai penyertaan..hehehe..berikut dikongsikan koleksi 6 kad exclusive karya jari jemari yg dibuat khas buat anda yg bertuah !!..

"..SENI YANG DIKONGSI.."

"..LOLIPOP.."

"..GIVING AWAY.."

"..ART FOR ALL.."

"..SWEET BUTTERFLY.."

"..MAYBE IT'S YOURS !!.."

..berikut adalah syarat² gedik santai untuk menyertai dan cara memenangi KAD EXCLUSIVE DARIKU UNTUK MU..

1. Penyertaan terbuka kepada semua yang tersenarai di dalam fwens list Facebook Arief Nazrye. Tidak kira yg aktif, pasif mahupun stalker !!

2. Penyertaan dibuka mulai 21 Dis 2010 dan berkahir pada 31 Dis 2010 pada jam 11.59 mlm.

3. Senarai pemenang akan diumumkan di dinding utama Arief Nazrye seminggu selepas tarikh tutup. Ini bagi memberi ruang para juri profesional mengadili setiap penyertaan yg diterima.

4. Pihak penganjur berhak untuk menyiarkan nama, dan info page anda di Wall Arief Nazrye atas tujuan promosi.

5. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakkan pada Kad Exclusive DariKu Untuk Mu yang disebabkan oleh modus pengeposan syarikat pos Malaysia.

6. Semua Kad² Exclusive mempunyai hak karya terpelihara ciptaan Arief Nazrye. Walaubagaimana pun, anda diberi hak untuk meraikan kejayaan anda bersama kad² berkenaan di Dinding/wall utama anda. (sile tag beserta ucapan ringkas buat beliau T_T)

7. Pengadilan adalah berdasarkan cara penyataan dan ucapan hari lahir yg paling kreatif. Ini bersepadanan dengan kad yg dicipta atas idea dan kesungguhan beliau untuk dikongsikan kepada semua yg mengikuti perkembangan karya seni jari jemari beliau.

8. Keputusan adalah muktamad. sebarang rayuan dan esakkan tidak akan dilayan sama skali !! ^.^ sebarang pindaan terhadap tarikh tutup dan berkaitan syarat penyertaan akan diumumkan melalui Dinding Utama Arief Nazrye..

9. Anda boleh menghantar SEKALI penyertaan sahaja..sekiranya anda merasakan penyertaan yg pertama seperti tidak menarik..sila delete komen anda yg pertama dan sertai dengan komen yg kedua..mana² penyertaan yg bertindih akan ditolak dari penyertaannya.. *kekwat~

10. Pilih satu medium penyertaan sama ada slogan "..sy ingin meraikan disember bersama Arief Nazrye kerana....(x kesah brp panjang) atau ucapan sempena Hari Lahir Arief Nazrye..kedua² medium itu dinilai dari kekreatifan anda menaip di papan kekunci mane² papan !!

11. Penyertaan hendaklah ditulis diruangan Album Comment !! Album Comment !! dan bukan di ruangan Picture comment !!..penyertaan melalui INBOX, PRIVATE MSG, mahupun SMS tidak dikira sama sekali.. Ini bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus !!..

..akhir skali..Raikan Disember bersama Arief Nazrye..